Friday, 27 May 2016

MAJLIS PERPISAHAN

Sekalung penghargaan kepada JK Majlis diatas majlis yang telah dijalankan di Dewan Bestari, SKKBRP pada 27hb Mei 2016, Jumaat. Sudah pastinya tarikh ini akan menjadi ingatan buat pasangan suami isteri yang telah lama berkhidmat di SKKBRP kerana ia juga merupakan tarikh ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-10.
En. Mohd Rassidi bin Saini, merupakan Guru Pendidikan Islam yang juga memegang jawatan sebagai Guru Kanan Kokurikulum telah berkhidmat sejak Jun 2002. Manakala, isterinya Pn. Rosniza binti Arham merupakan guru Matematik telah berkhidmat sejak Jan 2005. Mereka bertemu pada tahun 2005 & melangsungkan perkahwinan pada tahun 2006. Dikurniakan seorang cahayamata yang diberi nama Nur Nazatul Zahirah.
Kedua-dua pasangan guru ini akan berpindah ke Kuantan, Pahang. Tahniah & Selamat Menjalankan Tugas di sekolah baru....


Cikgu Rosniza, Ustaz Mohd Rassidi & Nur Nazatul Zahirah























~ SALAM PERSPISAHAN ~

MAJLIS BACAAN YASIN & PRA PELANCARAN PROGRAM IHYA' RAMADHAN 2016


Majlis Bacaan Yasin Di ketuai Oleh Ustaz Mohd Rassidi
 


Wednesday, 25 May 2016

Pertandingan Catur MSSPK Daerah Hilir Perak Bawah 11 & 12, Tahun 2016

Tarikh : 24 .05.2016
Tempat : SK DALARAMA
Keputusan :
Naib Johan (L11) : Mohammad Haziq Irfan b. Mohd Affendy
Ketiga (L11) : Syafiq Syahmi bin Abdul Saa'id
Kelima (P11) : Balqis Nur Batrisyia bt. Muhamad Rizal



















Tarikh : 25 .05.2016
Tempat : SK DALARAMA
Keputusan :
Naib Johan (L12) : Mohammad Haziq Irfan b. Mohd Affendy
Ke-4 (P12) : Nur Najieha bt. Mohamad Nor
Ke-5 (L12) : Hairul Danish Naufal b. Hairul Safri




















Alhamdulilah...berkat usaha gigih jurulatih dan komitmen yang diberi oleh peserta akhirnya membuahkan hasil. Dua orang murid akan mewakili ke peringkat negeri. Syabas dan tahniah...

Saturday, 21 May 2016

PENYERTAAN MURID SKKBRP BAGI KEJOHANAN CATUR KUSESS

Kejohanan Catur KUSSES kali ke 4 2016.
Tempat : SM SAINS KUALA SELANGOR
Tarikh: 21&22.05.2016

Kategori: Kumpulan
Hairul Danish Naufal, Mohammad Haziq Irfan, Syafiq Syahmi, Muhammad Zulkarnain

Tuesday, 17 May 2016

PERTANDINGAN POETRY RECITATION KELOMPOK 1 DAERAH HILIR PERAK

Tempat: Dewan SK Kg Baharu Redang Ponggor
Tarikh: 17/05/2016 (Selasa)
Masa: 2.30 Petang
Sekolah Yang Menyertai Pertandingan:
     1. SK Seri Langkap
     2. SK Kg Baharu Redang Ponggor
     3. SJKT Natessa Pillay
     4. SJKT Dato' Sithambaram Pillay


 Gambar Aktiviti


Monday, 16 May 2016

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU

PENERIMA ANUGERAH HARI GURU
1. Anugerah Guru Bergaya
2. Anugerah Guru Berdedikasi
3. Anugerah Guru Popular
4. Anugerah Guru Berinovasi
5. Anugerah Guru Sporting

Sumbangan Kek daripada
YB Dato' Zainol Fadzi bin Haji Paharudin sempena 'Majlis Sambutan Hari Guru'


Pertandingan Sempena Majlis Sambutan Hari Guru
Tema: Sukan Rakyat

Saturday, 9 April 2016

KEM BESTARI SOLAT SIRI 1

Kem Bestari Solat Siri 1 telah diadakan pada 9hb April 2016(Sabtu) yang bertempat di Surau Ar-Rahman, SK Kg Baharu Redang Ponggor.

Murid-murid yang terlibat terdiri daripada murid Tahun 1, 2, 3 dan 4. Murid-murid dbahagikan kepada 4 kumpulan dan fasilitator yang terlibat ialah;
(i) Ustazah Samihah bt Ibrahim
(ii) Ustaz Mohd Rassidi b. Saini
(iii) Pn. Rosazlina bt Mohd Raslan
(iv) Pn. Rosniza bt Arham

Alhamdulillah... Program telah tamat dan berjalan dengan lancar...

PERJALANAN AKTIVITI:



Wednesday, 9 March 2016

AKTIVITI ICT

Murid-murid berkumpul di dalam Bilik Komputer pada 9hb Mac 2016 untuk melaksanakan Ujian UKM 1 Permata Pintar.






Monday, 1 February 2016

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH & PENGAWAS PUSAT SUMBER

 Tarikh: 1hb Februari 2016
Tempat : Tapak Perhimpunan, SK Kg Baharu Redang Ponggor

Ketua Pengawas Sekolah:
Cik Nur Anis Syahidah bt Mohamad Shah
Ketua Pengawas Pusat Sumber Sekolah:
Cik Nurul Izzatul Azimah bt Norli