Friday 27 May 2016

MAJLIS PERPISAHAN

Sekalung penghargaan kepada JK Majlis diatas majlis yang telah dijalankan di Dewan Bestari, SKKBRP pada 27hb Mei 2016, Jumaat. Sudah pastinya tarikh ini akan menjadi ingatan buat pasangan suami isteri yang telah lama berkhidmat di SKKBRP kerana ia juga merupakan tarikh ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-10.
En. Mohd Rassidi bin Saini, merupakan Guru Pendidikan Islam yang juga memegang jawatan sebagai Guru Kanan Kokurikulum telah berkhidmat sejak Jun 2002. Manakala, isterinya Pn. Rosniza binti Arham merupakan guru Matematik telah berkhidmat sejak Jan 2005. Mereka bertemu pada tahun 2005 & melangsungkan perkahwinan pada tahun 2006. Dikurniakan seorang cahayamata yang diberi nama Nur Nazatul Zahirah.
Kedua-dua pasangan guru ini akan berpindah ke Kuantan, Pahang. Tahniah & Selamat Menjalankan Tugas di sekolah baru....


Cikgu Rosniza, Ustaz Mohd Rassidi & Nur Nazatul Zahirah























~ SALAM PERSPISAHAN ~

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger