PROFIL SEKOLAH


VISI

Menjadikan SK Kampung Baharu Redang Ponggor Sekolah Cemerlang di Perak
Menjelang 2020


MISI

Memberi pendidikan berkualiti kepada murid berteraskan pengurusan yang telus
dengan menyediakan prasarana yang kondusif, sumber manusia yang beretika
dan professional demi melahirkan insan yang cemerlang dalam akademik,
sahsiah dan kokurikulum melalui komitmen komuniti bagi memenuhi aspirasi Negara.


MOTO SEKOLAH

Ilmu Cahaya Hidup


PIAGAM SEKOLAH

Kami warga sekolah dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :
1. Menyediakan program dan melaksanakan P&P yang terbaik berasaskan Kurikulum Standard Sekolah Rendah selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
2. Memberikan layanan yang saksama kepada semua murid dan ibu bapa serta menyediakan pengurusan yang cekap, pantas dan bijaksana.
3. Menyediakan kemudahan-kemudahan yang selesa selaras dengan amalan sekolah selamat.
4. Bersikap terbuka kepada teguran yang membina untuk kebaikan bersama melalui permuafakatan antara sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat.
5. Meningkatkan tahap disiplin, kesihatan dan keselamatan murid.



LAGU SEKOLAH

" SKKBRP Berjaya "


Kami belajar bersatu hati
Tanamkan semangat berhemah tinggi
Ingin menjadi insan yang berbakti
Supaya hidup diberkati

SKKBRP terus gemilang
Melahirkan murid-murid cemerlang
Melambangkan semangat berjuang
Hingga namamu terus dijulang

Berbanggalah kami semua
Jasamu tidak akan ku lupa
Tempat kami semua menimba
Ilmu akhirat dan dunia

Ilmu itu cahaya kehidupan
Menjadi penerang kegelapan
Marilah semua kawan-kawan
Jadikanlah ia pedoman

Ya Allah beri kami taufiq Mu
Limpah kurnia suci dari Mu
Kami pohonkan doa dan restu Mu
Semoga berjaya setiap waktu




KAWASAN SEKOLAH 2016



SULAP ILMU : BITARA CATUR


TAMAN SUMBER SAINS 





  TANDAS






TERATAK KANG PUAD


SURAU AR-RAHMAN








PRA SEKOLAH


No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger